Building Cost Comparison Between Conventional And Formwork System

Authors

  • Nuzul Azam Haron
  • Salihuddin Hassim
  • Mohd. Razali Abd. Kadir
  • Mohd Saleh Jaafa

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v43.762

Abstract

Industri binaan di Malaysia kini menyusur ke alam perubahan iaitu daripada industri yang menggunakan teknologi tradisional kepada yang lebih sistematik yang melibatkan jentera. Kaedah baru ini juga dikenali sebagai sistem pembinaan bangunan berindustri. Kaedah baru binaan bangunan ini dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja menerusi penggunaan mesin, peralatan yang lebih baik, bahan binaan dan juga diperingkat perancangan projek. Kajian ini amat berguna memandangkan masih belum ada sebarang organisasi yang dapat menyediakan maklumat keperluan seperti perbezaan kos bangunan di antara sistem tradisional dengan sistem bangunan berindustri di dalam industri binaan di Malaysia. Kajian ini menerangkan tentang perbezaan kos bangunan di antara sistem tradisional dengan sistem bangunan berindustri yang terpilih iaitu kaedah acuan. Ia menyediakan maklumat perbezaan kos secara terperinci dengan menunjukkan penjimatan kos di antara kaedah binaan tradisional dengan kaedah acuan. Data telah dikumpul melalui kajian soal–selidik dan juga kajian kes bangunan institusi pengajian. Melalui kaedah ujian statistik ‘t–test’, didapati terdapat perbezaan yang nyata dalam penjimatan kos antara kaedah binaan tradisional berbanding dengan kaedah acuan. Kata kunci: Sistem pembinaan bangunan berindustri, kaedah acuan, perbandingan kos bangunan, ujian ‘t-test’ The Malaysian construction industry is undergoing a transitional change from an industry employing conventional technology to a more systematic and mechanised system. This new system is now known as the industrialised building system (IBS). This new method of construction can increase productivity and quality of work through the use of better construction machinery, equipment, materials, and extensive pre–project planning. This study is essential since there is no organised body, which can provide the necessary information on the building cost comparison between the conventional system and industrialised building system in Malaysia’s construction industry. The study also addresses the building cost comparison of the conventional system and selected formwork system in the industrialised building system. It details out the building cost comparison between the conventional system and the formwork system and indicates which of the two is cheaper. The data were collected through questionnaire survey and case study, which involved institutional buildings. Through the statistical test ‘t–test’, it is shown that there is a significant difference in cost saving for the conventional system as compared to the formwork system. Key words: Industrialised building system, formwork system, building cost comparison, ‘t-test’

Downloads

Published

2012-02-29

Issue

Section

Science and Engineering

How to Cite

Building Cost Comparison Between Conventional And Formwork System. (2012). Jurnal Teknologi, 43(1), 1–11. https://doi.org/10.11113/jt.v43.762