Menelusuri Estetika Tradisi Lisan Berladuh Lanang

(Tracing the Aesthetics of Berladuh Lanang Oral Tradition)

  • Wan Robiah Meor Osman Faculty of Language and Communication, Universiti Malaysia Sarawak

Abstract

Masyarakat Melayu Sarawak yang merupakan masyarakat ketiga terbesar di Sarawak terkenal dengan tradisi lisan yang diwarisi turun-temurun. Hal ini boleh dilihat dari segi adat dan budaya yang tercermin melalui aktiviti atau upacara seperti merisik, pertunangan, perkahwinan, mengandung, kelahiran, kematian dan sebagainya. Kehalusan budi dan budaya yang diwarisi ini menjadi simbol jati diri dan keunikan bangsa Melayu Sarawak. Nyanyian tradisi yang popular dalam masyarakat Melayu Sarawak ialah Berladuh Lanang. Nyanyian tradisi ini ialah sebahagian daripada hasil kreativiti yang tercipta secara spontan dan menjadi siulan serta lagu-laguan dalam kalangan masyarakatnya. Nyanyian ini juga sarat dengan nilai estetikanya yang menyelitkan unsur alam dengan mesej kasih sayang dan kesantunan yang mewarnai setiap kata yang dicipta. Oleh itu, karya tradisi harus diangkat, diketengahkan, diteliti dan didokumentasikan keindahan dan keunikannya untuk tontonan serta kebanggaan seluruh ahlinya agar tidak luntur ditelan zaman.

References

Mohd Azurin Othman. (2008, Januari). Telaah koleksi pantun Lanang Beladu Lanang: Terposisikah Dialek Melayu Brunei. Prosiding Seminar Antarabangsa Dialek-dialek Austronesia di Nusantara II, Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam.

Wan Robiah Meor Osman, & Hamidah Abdul Wahab. (2009, Mac). Nyanyian tradisi masyarakat Melayu Sarawak: Kajian nilai dan budaya. Prosiding Seminar Antarabangsa Pertemuan Linguistik Utara (PLU-6), Masyarakat Linguistik Utara (MLU), Program Linguistik Pascasarjana USU Medan dan Balai Bahasa Medan

Published
2012-06-21
How to Cite
Meor Osman, W. R. (2012). Menelusuri Estetika Tradisi Lisan Berladuh Lanang. Issues in Language Studies, 1(1). https://doi.org/10.33736/ils.1686.2012