University of Leicester
Browse
Ritual Poetry of Lotud Mamanpang_Malay.pdf (2.07 MB)

Puisi Ritual daripada Mamanpang Lotud (Mitos Penciptaan) dalam Upacara Penyembuhan Sumalud di Kalangan Komuniti Dusun Lotud, Daerah Tuaran, Sabah, Malaysia Timur. Laporan Dokumentasi Kebudayaan

Download (2.07 MB)
report
posted on 2022-09-02, 13:30 authored by Yunci CaiYunci Cai, Judeth John Baptist, Jacqueline Pugh-Kitingan, Hanafi bin Hussin

Mamanpang Lotud merupakan satu bentukpuisi ritual yang bukan sahaja menggariskan mengenai mitos penciptaan Lotud dan menyediakan catatan lisan sejarah masa lampau, tetapi juga menetapkan formula agama untuk corak tingkah laku manusia yang betul agar terus mengekalkan hubungan yang harmoni antara dunia manusia dan alam Spiritual. Mempunyai seramai kira-kira 20,000 orang, Dusun Lotud merupakan masyarakat Orang Asal yang menetap di Daerah Tuaran Sabah, Malaysia Timur. Mamanpang Lotud membentuk asas kepada undang-undang Adat masyarakat Lotud yang diiktirafkan oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah yang masih diamalkan di Sabah sehingga hari ini. 


Mamanpang Lotud diungkapkan dalam bentuk rinait, iaitu satu genre unik tradisi lisan puitis yang terdiri daripada baris berpasangan dengan makna yang sama, yang pertama dalam bahasa sehari-hari dan yang kedua dalam bahasa ritual. Rinait lazimnya diturunkan secara lisan oleh spesialis ritual Lotud, yang akan menghafal rinait sebagai sebahagian daripada latihan yang sangat sakral bagi mereka dan membaca bahagian rinait semasa upacara ritual. Rinait mamanpang Lotud terkandung dalam ritual penyembuhan Sumalud yang diamalkan oleh Dusun Lotud yang tinggal di Daerah Tuaran. 


Laporan dokumentasi budaya ini menerangkan rinait Mamanpang Lotud yang terselit dan tertanam dalam upacara penyembuhan yang di panggil Sumalud. Ia menggariskan watak-watak utama dalam dunia spiritual Lotud  yang dirujuk oleh mamanpang dan menerangkan jalan cerita dan urutan peristiwa yang membentuk mitos penciptaan Lotud. Laporan ini perlu dibaca bersama dengan laporan yang disertakan yang mengandungi transkrip penuh puisi ritual mamanpang dan fail media bersiri yang merakan spesialis ritual Lotud yang pakar dalam melafazkan kedua-duanya. Ini boleh dimuat turun daripada Arkib Penyelidikan Leicester. 


Projek dokumentasi budaya ini dibiayai oleh geran penyelidikan daripada Dana Penyelidikan Cabaran Global QR Universiti Leicester (Penyelidikan England) yang dipegang oleh Yunci Cai (Penyelidik Utama) dan Judeth John Baptist (Penyelidik Bersama) untuk projek bertajuk 'Budaya Diterajui oleh Komuniti. Dokumentasi Pemerkasaan Orang Asal: Mendokumentasikan Mitos Kejadian dalam Penciptaan Rinait (Puisi Ritual) Komuniti Lotud di Sabah Malaysia'. Penyelidikan ini telah dijalankan dengan mematuhi kelulusan etika yang diberikan oleh Jawatankuasa Etika Sains & Kejuruteraan, Seni, Kemanusiaan dan Undang-undang Universiti Leicester pada 27 April 2021 (rujuk: 29476-yc277-ss//ms:museumstudies).


Funding

Projek ini dibiayai oleh Dana Penyelidikan Cabaran Global QR Univerisit Leicester (Penyelidikan)

History

Author affiliation

Sekolah Pengajian Muzium, Universiti Leicester

Version

  • VoR (Version of Record)

Publisher

Universiti Leicester

isbn

978-1-912989-27-0

Copyright date

2022

Available date

2022-09-02

Language

MS

Usage metrics

    University of Leicester Publications

    Categories

    No categories selected

    Exports

    RefWorks
    BibTeX
    Ref. manager
    Endnote
    DataCite
    NLM
    DC