Penderaan Emosi terhadap Kanak-kanak dari sudut Perundangan (The Emotional Abuse of Children from A Legal Perspective)

Mohd Zamre Mohd Zahir, Nik Ahmad Aiman Hakimi Hasmadi

Abstract


Children are a significant human capital of a country. As such, the protection of children from neglect, abuse, violence, and exploitation is an important aspect and should be given priority. Malaysia has been rocked by cases of abuse that have occurred in a family institution and up to the first quarter of 2021, a total of 2,040 cases of abuse have been recorded. There are four types of child abuse i.e., physical abuse, neglect, sexual and emotional. In contrast to the abuse that can be seen in the eyes of the naked eye, this emotional abuse is seen as if it is not taken seriously by every society. The objective of this paper is to identify the extent to which emotional abuse of children occurs. The second objective was to analyze the statistics of cases that touched on the issue of emotional abuse of children. This paper uses a qualitative method by highlighting the literature from Malaysia and abroad guided by primary and secondary sources that discuss the issue of child abuse. The findings from this writing show that there is an increase in cases of abuse in general as well as specific to emotional abuse of children besides there is a need for law enforcement to be tightened so that the problem of child emotional abuse can be contained. In conclusion, the results of this paper will provide exposure to how the statistics of child abuse cases serve as an indicator so that the government, enforcement, and society can curb the problem of child abuse from continuing to increase especially in the context of emotional abuse during the COVID-19’s pandemic. Further, law enforcement needs to be tightened effectively and holistically

 

Abstrak

Kanak-kanak merupakan modal insan yang signifikan terhadap sesebuah negara. Oleh hal yang demikian, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting dan perlu diberi keutamaan. Malaysia telah digemparkan dengan kes-kes penderaan yang telah berlaku dalam sesebuah institusi kekeluargaan dan sehingga suku tahun pertama 2021, sebanyak 2,040 kes penderaan telah direkodkan dilaporkan. Terdapat empat keadaan penderaan yang berlaku terhadap kanak-kanak iaitu penderaan fizikal, pengabaian, seksual dan emosi. Berbeza dengan penderaan yang boleh dilihat kesannya secara pandangan mata kasar, penderaan emosi ini dilihat seakan-akan tidak diambil berat oleh setiap masyarakat. Objektif penulisan ini adalah untuk mengenal pasti sejauh manakah penderaan emosi terhadap kanak-kanak berlaku. Objektif kedua adalah untuk menganalisis statistik kes-kes yang menyentuh isu penderaan emosi kanak-kanak. Penulisan ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menyoroti literatur dari dalam dan luar negara berpandukan sumber primer dan sekunder yang membincangkan isu penderaan terhadap kanak-kanak. Hasil dapatan daripada penulisan ini menunjukkan wujud peningkatan kes penderaan secara umum serta khusus kepada penderaan emosi terhadap kanak-kanak dari selain wujud keperluan agar penguatkuasaan undang-undang diperketatkan agar masalah penderaan emosi kanak-kanak dapat dibendung. Kesimpulannya, hasil daripada penulisan ini akan memberikan pendedahan tentang bagaimana statistik kes-kes penderaan kanak-kanak berfungsi sebagai kayu ukur agar pihak kerajaan, penguatkuasa dan masyarakatnya dapat membendung masalah penderaan kanak-kanak daripada terus meningkat terutamanya dalam konteks penderaan emosi semasa pandemik COVID-19. Selanjutnya, penguatkuasaan undang-undang perlu diperketatkan dengan berkesan dan holistik.

Kata kunci: Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611); COVID-19; emosi; kanak-kanak; penderaan


Keywords


Abuse; Child Act 2001 (Act 611); children; COVID-19; emotions

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.