Pemakaian Prinsip Hibah Dalam Sistem Kewangan Islam Di Malaysia: Tumpuan Kepada Industri Perbankan Islam Dan Takaful

Authors

  • Nasrul Hisyam Nor Muhamad

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v52.138

Abstract

Hibah merupakan salah satu prinsip dalam muamalah Islam yang diamalkan di institusi–institusi kewangan Islam di Malaysia. Tujuan artikel ini adalah untuk membincangkan pemakaian prinsip hibah dalam Sistem Kewangan Islam di Malaysia, iaitu institusi perbankan Islam dan takaful. Bagi memperolehi data primer mengenai aplikasi prinsip hibah di dua institusi kewangan Islam tersebut, penulis telah menjalankan temu bual dengan individu yang berautoriti di Bahagian Syariah Bank Negara Malaysia, Jabatan Pematuhan Syariah di Etiqa Takaful Bhd dan Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. Penulis mendapati bahawa prinsip hibah, walaupun tidak dianggap sebagai prinsip utama, namun ia diaplikasikan sebagai prinsip sokongan dalam aktiviti–aktiviti muamalah Islam di Institusi Kewangan Islam di Malaysia. Kata kunci: Hibah; sistem kewangan Islam; muamalah Islam; perbankan Islam; takaful; undang–undang Islam Hibah (gift inter vivos) is one of the principles of Islamic transaction that are applied at Islamic Financial Institutions in Malaysia. The purpose of this article is to discuss the application of hibah in Islamic banking as well as the takaful. In the collection of data on the application of hibah at these Islamic institutions, the writer has conducted interviews with authoritative persons at the Shariah Division Bank Negara Malaysia, the Shariah Compliant Department at Etiqa Takaful Bhd and the Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. The writer found that even though hibah is not considered as a core principle, but it is applied as a support principle in Islamic transaction activities in the institutions of Islamic Finance in Malaysia. Key words: Gift inter vivos; Islamic financial system; Islamic transaction; Islamic banking; Islamic insurance; Islamic law

Downloads

Published

2012-01-20

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Pemakaian Prinsip Hibah Dalam Sistem Kewangan Islam Di Malaysia: Tumpuan Kepada Industri Perbankan Islam Dan Takaful. (2012). Jurnal Teknologi, 52(1), 69–81. https://doi.org/10.11113/jt.v52.138