Vol 1 No 2 (2017): Science for Social Welfare and Justice
Articles

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pengintegrasian Teknologi Pengajaran Berdasarkan Model TPACK dalam Kalangan Guru Matematik
Factors Affecting the Integration of Teaching Technology Based on the TPACK Model among Mathematics Teachers


Zolkefli bin Bahador
Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Nordin bin Othman
Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Mohd Kasri bin Saidon
Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Picture in here are illustration from public domain image or provided by the author, as part of their works
Published October 30, 2017
Keywords
  • TPACK,
  • guru matematik,
  • pedagogi pengintegrasian,
  • teknologi pengajaran
How to Cite
Bahador, Z. bin, bin Othman, N., & bin Saidon, M. K. (2017). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pengintegrasian Teknologi Pengajaran Berdasarkan Model TPACK dalam Kalangan Guru Matematik. Proceedings of The ICECRS, 1(2), picecrs.v1i2.1438. https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i2.1438

Abstract

Kajian ini secara umumnya mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pengintegrasian teknologi pengajaran berdasarkan model TPACK dalam kalangan guru matematik. TPACK adalah singkatan bagi “Technology Pedagogy Content Knowledge”. Fokus kajian ini tertumpu kepada pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan dalam kalangan guru matematik. Bagi mencapai objektif ini, penyelidik  telah memilih seramai 120 orang responden dari kalangan guru matematik sekolah menengah di Daerah Kubang Pasu sebagai sampel kajian. Kajian ini berbentuk tinjauan keratan rentas yang bersifat kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instumen kajian bagi tujuan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pengintegrasian teknologi pengajaran berdasarkan model TPACK. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa guru-guru di sekolah menengah di Daerah Kubang Pasu, mempunyai min pengetahuan pedagogi dan min pengetahuan kandungan pada tahap yang tinggi tetapi min pengetahuan teknologi berada pada tahap yang sederhana. Secara keseluruhannya keputusan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi pengintegrasian teknologi pengajaran berdasarkan model TPACK berada pada tahap yang sederhana. Sehubungan dengan itu, penyelidik mencadangkan agar guru-guru matematik di daerah Kubang Pasu diberikan latihan tentang penggunaan teknologi supaya kemahiran teknologi dapat dipertingkatkan dan seterusnya dapat menjayakan proses pengintegrasian teknologi pengajaran berdasarkan model TPACK. Semoga dengan ini, proses pengajaran dan pembelajaran matematik menjadi lebih bermakna dan mampu menarik minat seterusnya memberi motivasi kepada pelajar meningkatkan prestasi disamping menggalakkan guru-guru matematik memperluaskan lagi penggunaan ICT di sekolah.

Downloads

Download data is not yet available.

References

  1. Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap, & Hasrina Mustafa. (2006). Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran-Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang. Kajian Malaysia, XXIV(1&2).
  2. Evi Suryawati, Firdaus L.N.,&Yosua Hernandez. (2014).Analisis Keterampilan Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) Guru Biologi SMA Negeri Kota Pekanbaru. Jurnal Biogenesis, Vol. 11, Nomor 1, Juli 2014.67-72.
  3. Irfan Naufal Umar,& Nurullizam Jamiat. (2011). Pola Penyelidikan ICT Dalam Pendidikan Guru Di Malaysia: Analisis Prosiding Teknologi Pendidikan Malaysia. Asia Pacifik Journal of Educators and Education, Vol. 26, No 1, 1-14.
  4. Johari Hassan, & Fazliana Rashida. (2011). Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan pendidik fakulti pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, 4, 22-37.
  5. Khor Mooi Tieng, &Lim Hooi Lian. (2014). Pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) dalam kalangan guru matematik sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 4, 29-43.
  6. Koehler, M. J., & Mishra, P. (2009). What is technological pedagogical content knowledge? Contemporary Issues in Technology and Teacher Education, 9(1), 60-70.
  7. Krejcie, R.V. & Morgan,.D.W. (1970). Determining sample size for research activities.Educational and Psychological Measurement.30,607-610.
  8. Makmum, R., Mahmod, Z., Taib, N. I. M., & Haron, A. R. (2011). Pengetahuan teknologi pedagogikal kandungan kesusasteraan Melayu: Peranan guru dalam SPN 21. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1. 85-98
  9. Marzita Puteh, & Rohaidah Masri, Geometer sketchpad: Penggunaan dalam pembelajaran metamatik tambahan. Dalam Abu Bakar Nordin. (2007). Penyelidikan Terpilih UPSI 2001-2006,101-114.Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  10. Nurul Ain,& Zaleha. (2008). Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan Guru Pelatih Matematik Sekolah Menengah. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains Dan Matematik. Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
  11. Padraig,W.,& Lawler, M. (2007). Investing in ICTs in educational in developing countries: An evaluation of their impact in Kenya. International Journal of Education and Development using Information and Communication Technology (IJEDICT) 3, 5- 22.
  12. Rohani M., M Yusoff, Ahmad Shaharil Jamaludin, Abda Hamida D., &Abdul Hameed. (2015). Tahap kesediaan pelajar dalam penggunaan teknologi, pedagogi, dan kandungan (TPACK) dalam pembelajaran kurikulum di IPT. Proceeding of the 3rd International Conference on Artificial Intelligence and Computer Science (AICS2015), 12 - 13 October 2015, Penang, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net
  13. Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal, &Aziz Omar. (2006). Isu-isu dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd.
  14. Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustapha, & Abdul Razak Habib. (2009). Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru Matematik bagi Tajuk Pecahan: Kajian Kes di Sekolah Rendah (Pedagogical Content Knowledge of Mathematic Teachers on Fraction: A Case Study at Primary Schools). Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 131 - 153
  15. Zulkefli Hashim,& Fatin Aliah Phang. (2013). Amalan Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan Guru Fizik Tingkatan Enam. 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013). 21-33.